Make your own free website on Tripod.com

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

APLIKASI KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL  EDU3428

TANAMAN PADI
           TANAMAN UTAMA NEGARA            



Home Up

 

PENGURUSAN AIR

*      Pengurusan air yang baik dapat mengawal rumpai, menggalakkan pembentukkan akar dan anak padi. Menguatkan tanah dan mengurangkan resapan. Pengurusan air juga boleh menyuci (flushing) daripada kesan keracunan.

*      Pastikan bekalan air sama ada dari hujan atau pun  pengairan adalah mencukupi bagi sepanjang tempoh hayat tanaman.

*      Pembahagian air perlu seragam bagi keseluruhan ladang. Bekalan air mengikut peningkatan tumbesaran pokok.

*      Kekurangan air pada peringkat bunting boleh mengurangkan hasil sehingga 50%.

*      Tentukan air yang masuk ke petak sawah adalah air yang berkualiti iaitu pH tidak kurang daripada 4.5 dan tahap kadar saliniti <1 ds/m.

*      Pertumbuhan anak padi (peringkat 2-5 daun) akan terjejas jika ditenggelami air melebihi 3 hari. Air yang terlalu kurang akan menggalakan pertumbauhan rumpai. Air cetek pada peringkat beranak akan menggalakan pembentukan anak.

*      Elakkan pembaziran air dengan menguruskan pembekalan dan pembuangan air dengan sempurna.

Keperluan air semasa berbeza mengikut musim, peringkat pertumbuhan dan keadaan ladang. Pastikan keperluan ini tepat untuk pengurusan air yang terbaik.

Pengurusan Air Rumpai Baja Penyakit & Perosak